Selamat Datang ke UNITAR College
MENGENAI KAMI
Mengenai UNITAR CollegeDitubuhkan pada tahun 2016, UNITAR College berkhidmat dibawah naungan UNITARInternational University dan ditubuhkan untuk menjadi pengantara kepada Universiti tersebut. Pada masa ini, UNITAR College menawarkan program sijil dalam bidang perniagaan dan hospitaliti. Pada masa akan datang, kami akan menawarkan program diploma dan program kerjasama dengan universiti antarabangsa yang mantap.Program-program UNITAR College dirancang dengan tujuan untuk merangkul "Pembelajaran Berteraskan Pengalaman & Kaedah Pengajaran Inovatif dengan Bantuan Teknologi". Pelajar didedah untuk terokai pembelajaran dunia sebenar berasaskan industri dengan bantuan kaedah pembelajaran dan pengajaran inovatif.UNITAR College menyediakan laluan kepada masa depan yang lebih cerah kepada pelajaryang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat antarabangsa dengan kos yang berpatutan. Pengiktirafan global dan kurikulum program bertaraf antarabangsa akan menyediakan graduan dengan peluang kerjaya yang lebih baik.